Pengalaman dan Keistimewaan Melancong di Sabah - Uqbah Iqbal - kostenlos E-Book

Pengalaman dan Keistimewaan Melancong di Sabah E-Book

Uqbah Iqbal

0,0
0,00 €

oder
-100%
Sammeln Sie Punkte in unserem Gutscheinprogramm und kaufen Sie E-Books und Hörbücher mit bis zu 100% Rabatt.
Mehr erfahren.
Beschreibung

Bagi saya, Sabah merupakan sebuah negeri yang sentiasa di hati kerana mempunyai pelbagai tarikan tersendiri. Penduduk Sabah yang terdiri daripada 33 kumpulan pribumi, berkomunikasi dalam lebih 50 bahasa dan 80 dialek etnik mengajar saya untuk mendalami setiap budaya mereka yang berbeza, selaras dengan konsep 1 Malaysia. Sabah juga mempunyai pulau-pulau peranginan yang terkenal seperti Pulau Layang-Layang, Pulau Memutik dan Pulau Sipadan, Gunung Kinabalu, Pusat Pemuliharaan Orang Utan, Sepilok dan ibu negerinya, Kota Kinabalu juga menyediakan pengalaman membeli belah yang tersendiri. Walaupun saya menetap di Selangor, namun ia tidak menghalang saya untuk memilih Sabah sebagai destinasi percutian domestik yang utama, sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Bagi saya, setiap kunjungan ke Sabah akan mengamit hati saya untuk kembali lagi di masa akan datang.

Das E-Book können Sie in Legimi-Apps oder einer beliebigen App lesen, die das folgende Format unterstützen:

EPUB

Veröffentlichungsjahr: 2015

Bewertungen
0,0
0
0
0
0
0
Mehr Informationen
Mehr Informationen
Legimi prüft nicht, ob Rezensionen von Nutzern stammen, die den betreffenden Titel tatsächlich gekauft oder gelesen/gehört haben. Wir entfernen aber gefälschte Rezensionen.



Uqbah Iqbal

Pengalaman dan Keistimewaan Melancong di Sabah

Experience and Travel Privilege in Sabah

For me, Sabah is a state that is always in my heart because it has its own attraction. Sabah population comprising 33 indigenous groups, communicate in over 50 languages and 80 ethnic dialects taught me to learn every different culture, in line with the 1 Malaysia concept. Sabah also has resort islands such as Layang-Layang Island, Memutik Island and Sipadan Island, Mount Kinabalu, Orang Utan Rehabilitation Centre, Sepilok and its capital, Kota Kinabalu also provides a distinctive shopping experience. Although I live in Selangor, but it does not prevent me to choose Sabah as the main domestic holiday destination, at least once a year. For me, every visit to Sabah will captured my heart to return again in the future.BookRix GmbH & Co. KG81371 Munich

Pengalaman dan Keistimewaan Melancong di Sabah

Pelancongan merujuk kepada aktiviti melawat, melancong atau mengembara ke sesuatu tempat lain yang melebihi lima puluh batu dari tempat kediaman tidak lebih dari satu tahun untuk tujuan rekreasi atau mengisi masa lapang. Dari segi sejarahnya, Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana walaupun terdapat kepelbagaian etnik dan agama, kesemua bangsa dapat hidup dengan harmoni dan Malaysia juga membangun dengan pantas daripada bersumberkan komoditi pada tahun 1957 kepada kepelbagaian ekonomi yang didokong oleh perindustrian berat pada masa kini. Setiap 13 buah negeri dan 3 Wilayah Persekutuan di Malaysia mempunyai tarikannya yang tersendiri dalam menjana pendapatan dari sektor pelancongan untuk ekonomi negara. Saya memilih untuk menumpukan pengalaman saya melancong di negeri Sabah ataupun digelar Negeri di Bawah Bayu.

 

Bagi saya, Sabah merupakan sebuah negeri yang sentiasa di hati kerana mempunyai pelbagai tarikan tersendiri. Penduduk Sabah yang terdiri daripada 33 kumpulan pribumi, berkomunikasi dalam lebih 50 bahasa dan 80 dialek etnik mengajar saya untuk mendalami setiap budaya mereka yang berbeza, selaras dengan konsep 1 Malaysia. Sabah juga mempunyai pulau-pulau peranginan yang terkenal seperti Pulau Layang-Layang, Pulau Memutik dan Pulau Sipadan, Gunung Kinabalu, Pusat Pemuliharaan Orang Utan, Sepilok dan ibu negerinya, Kota Kinabalu juga menyediakan pengalaman membeli belah yang tersendiri. Walaupun saya menetap di Selangor, namun ia tidak menghalang saya untuk memilih Sabah sebagai destinasi percutian domestik yang utama, sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Bagi saya, setiap kunjungan ke Sabah akan mengamit hati saya untuk kembali lagi di masa akan datang.

 

Di Kota Kinabalu, terdapat pelbagai pusat membeli-belah seperti Centre Point, Kompleks Karamunsing, Plaza Wawasan, Wisma Merdeka, Warisan Square, KK Plaza, Kompleks Asia City, 1Borneo dan Suria Sabah yang dapat memenuhi keinginan saya untuk berjalan-jalan dan melihat masyarakatnya. Malahan jika saya ingin mencari cenderamata untuk dibawa pulang, saya hanya perlu ke Pasar Filipina. Pada hari Ahad pula saya gemar berkunjung ke Pasar Gaya yang terletak di tengah-tengah bandar. Di pusat bandar juga mudah mendapat teksi sekiranya saya tidak membawa kenderaan sendiri kerana sama ada di hadapan Suria Sabah, Kompleks Wawasan, Api-Api Centre ataupun Milimewa Superstore, akan sentiasa ada teksi yang menunggu pelanggan. Mengenai sistem pengangkutan awam di Kota Kinabalu, ia sangat efektif kerana saya hanya perlu menunggu di tempat-tempat yang ditetapkan sekiranya ingin mengambil perkhidmatan bus. Malahan perkhidmatan bus untuk bergerak ke mana-mana bahagian di Kota Kinabalu juga sentiasa ada dan saya tidak perlu menunggu lama. Dari Kota Kinabalu, saya juga tidak menghadapi kesukaran untuk ke bahagian-bahagian lain Sabah seperti Kudat, Sandakan, Labuan dan Tawau. Ini kerana terminal bus untuk ke semua bahagian itu telah ditetapkan dan ia terletak berdekatan satu sama lain. Misalnya untuk ke Kudat, saya hanya perlu mengambil bus di Padang Merdeka, manakala bus ke Sandakan dan Tawau pula diambil di Terminal Inanam.