0,99 €
Pada bulan November 1972, kerajaan Thailand dan ahli-ahli perniagaan terkemuka melahirkan kebimbangan terhadap laporan kempen anti-Jepun di Thailand dan mereka menyatakan ia pasti akan membawa perubahan dalam penembusan ekonomi Jepun di negara ini (The Straits Times, 17 November 1972). Pada bulan Mac 1974, jurucakap Kementerian Luar Jepun menyatakan Jepun telah meminta kerajaan Thailand untuk menubuhkan satu jawatankuasa bersama bagi menangani masalah yang ditimbulkan oleh pelaburan Jepun di Thailand (New Nation, 16 Mac 1974). Pada bulan Oktober 1975, Perdana Menteri Thailand, Kukrit Pramoj mengkritik Jepun kerana melabur di Thailand disebabkan oleh tenaga buruh murah di negara ini. Kerajaan Thailand melihat ia sebagai motif pelaburan yang salah (New Nation, 4 Oktober 1975).
Das E-Book können Sie in Legimi-Apps oder einer beliebigen App lesen, die das folgende Format unterstützen:
Veröffentlichungsjahr: 2016
Pada bulan November 1972, kerajaan Thailand dan ahli-ahli perniagaan terkemuka melahirkan kebimbangan terhadap laporan kempen anti-Jepun di Thailand dan mereka menyatakan ia pasti akan membawa perubahan dalam penembusan ekonomi Jepun di negara ini (The Straits Times, 17 November 1972). Pada bulan Mac 1974, jurucakap Kementerian Luar Jepun menyatakan Jepun telah meminta kerajaan Thailand untuk menubuhkan satu jawatankuasa bersama bagi menangani masalah yang ditimbulkan oleh pelaburan Jepun di Thailand (New Nation, 16 Mac 1974). Pada bulan Oktober 1975, Perdana Menteri Thailand, Kukrit Pramoj mengkritik Jepun kerana melabur di Thailand disebabkan oleh tenaga buruh murah di negara ini. Kerajaan Thailand melihat ia sebagai motif pelaburan yang salah (New Nation, 4 Oktober 1975).
Pada bulan Jun 1976, pemimpin-pemimpin perniagaan Jepun menyatakan bahawa Jepun bersedia untuk meningkatkan pelaburan di Thailand memandangkan terdapat peningkatan luar biasa dalam situasi politik Thailand (New Nation, 20 Jun 1976). Pada bulan Julai 1976, Menteri Perdagangan Thailand, Damrong Lathapipat menyatakan beberapa buah bank-bank swasta di Jepun telah menawarkan kerajaan Thailand pinjaman sebanyak 10 ribu juta yen (New Nation, 27 Julai 1976). Pada bulan September 1977, Perdana Menteri Jepun, Takeo Fukuda menyatakan kepada Perdana Menteri Thailand, Thanin Kraivichien sempena lawatannya ke Tokyo bahawa Jepun bersedia untuk memberi bantuan ekonomi seterusnya ke Thailand (New Nation, 10 September 1977). Pada bulan Ogos 1978, satu usahasama Thailand Jepun telah diberikan keistimewaan promosi kerajaan untuk menghasilkan enjin diesel dengan modal US$ 5 juta (The Business Times, 23 Ogos 1978).
Pada bulan Februari 1979, Presiden Dewan Perdagangan Jepun, Ikuya Hayashi menyatakan pelabur-pelabur Jepun di Thailand tidak terganggu dengan perkembangan terkini di Kemboja dan mereka dijangka akan melabur lebih banyak ke dalam pembangunan perindustrian Thailand pada tahun itu (The Straits Times, 1 Februari 1979). Pada bulan Ogos 1981, Perdana Menteri Thailand, Prem Tinsulanonda akan menumpukan kepada sektor perdagangan utama dan memacu pelaburan asing dalam lawatan beliau yang akan datang ke New Zealand, Australia, Amerika Syarikat dan Jepun (The Business Times, 19 Ogos 1981). Pada bulan Mei 1982, sementara bantuan daripada kerajaan Jepun akan terus masuk ke Thailand dalam kuantiti yang meningkat, ahli-ahli perniagaan swasta Jepun berwaspada akan prospek pelaburan di negara ini. Jepun masih merupakan pelabur asing utama di Thailand pada masa itu (The Business Times, 19 Mei 1982).